Monday 16 May 2011

Dishes : Puding Susu Koktel

Haaa, semalam ingat nak buat resepi ni untuk makan petang, tapi dah lewat sangat masak tengahari nya, ditambah pula dengan kekurangan bahan (susu cair tak ada), maka hajat itu ditangguhkan ke hari ini...balik ni boleh cuba, bukan susah sangat kan...hiksss...nanti boleh snap gambar sendiri pula, agak2 jadi ke tidak..huhuhu..Resepi ni ihsan dari ummizaihadi


Bahan:-
1 paket serbuk agar-agar (11 gm)
2 biji telor
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula pasir
2 - 3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail
Cara-Cara:-
Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut. Sementara itu, pukul telor dan campurkan tepung kastad. Kacau rata dan ketepikan. Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih. Masukkan campuran telor dan tepung kastad. Masukkan fruit cocktail dan kacau sebentar. Tutup api. Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan hidang.

Kek Batik Biskut Marie....

Wallaaa...sekarang ni..boleh dikatakan tiap-tiap minggu buat kek batik biskut marie ni...hahahah, macam menu wajib laa kann...Oleh kerana, bahan-bahannya simple dan stok sentiasa ada jerk (kecuali serbuk koko & biskut marie), maka semangat nak buat tu sentiasa ada...nak-nak plak Mr.K request nak makan, secara tak langsung bila ada demand, ada laa supply nya kan??

Jadi, supaya lainkali senang nak buat...atau nak recall resepi, bolehla view my own blog..ahakksss yang sebenarnya amik dari http://myresipi.com/top/detail/1688

Bahan-bahan ( loyang 7/8" )

  • 1 bungkus (350g) biskut marie
  • Setengah buku butter
  • 2 biji telur
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn milo
  • 1 cwn air
  • 3/4 cwn gula
  • ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara

  1. Dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
  2. masukkan butter,kacau sampai butter cair
  3. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
  4. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
  5. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang
Tarraaaa...simplekan, within 20minutes, sementara nak bersih2kan dapur selepas makan malam tu..boleh buat, sejukkan...esok pagi boleh makan...heheheh

Progress Diet : Nan Hadooooo...

Macam dah agak lama pulaks meninggalkan blog ni dengan sesawang lelabah (jahanam'sss tatabahasa neghh)...

Isu 1 : Diet haku dah kelaukkkk..kelauuutttt....adeh..adehh, even tak ada kenaikan setelah penurunan 2.2kg bebaru ini, dah cukup lega dah bagi aku..so, camner nak target 20kg utk tahun nieee??? huh...tak munasabah langsung target tu...

Isu 2 : Cukup sukaaaaaa....buat coklat..buat kek...haaa...inilah faktor penyumbang kepada kegagalan Isu 1 tadi..ahhahaha..

Oleh kerana, suka masak-masak dan makan-makan even bagi aku tak sedap, tak apalaa..aku masak, aku makan...tak sedap pun anak tekak aku juga yang telan...hahahha, at least tak do kono kutuk2...heheheh

Nanti later aku update gambo2 yg biasanya aku update direct terus ke facebook..heheheh