Thursday 24 March 2011

Hari Pertama....Diet bersama Herbalife...

Segalanya bermula semula angka timbangan mencecah 85kg....what a surprise!!!!!!! Tak pernah lagi seumur hidup berat badan sebegitu berat...no wonder laa, terasa semakin tak larat membawa diri...kerap sakit tumit. Rupa-rupanya, berat badan naik mendadak...sudah agak lama tidak menimbang berat badan, akhirnya "dihadiahkan" dengan sebegini rupa..

Perubahan ini adalah kerana, sudah lama aku tidak membuat stok EBM kepada Q..almost 4 months..sejak Q boleh makan makanan pejal, semakin culas aku menyediakan stok susu ibu untuknya, disokong pula oleh environment yang langsung tidak menyokong penyusuan susu ibu rentetan daripada bebanan kerja yang bagi aku keterlaluan. Atau aku sebenarnya tak mampu menanggung bebanan itu berseorangan...

Tak ngape laa....itu semua pengalaman yang cukup berharga...ada sesuatu yang dapat aku belajar dari itu juga..Apa pun, aku dah cukup ngeri membayangkan betapa gigihnya usaha aku nanti dalam mengurangkan 20kg...biarlah dalam jangka masa panjang, janji aku sihat...hidup sihat bersama-sama keluarga tersayang..kerana akulah ibu, isteri dan juga anak..Jika aku tidak sihat, mana mungkin aku mampu menjaga mereka2 yang memerlukan perhatian dariku terutamanya Q...

so, setelah agak lama berfikir, akhirna aku kembali menggunakan Herbalife..pernah dulu menggunakan produk ini dalam mengecilkan badan, tetapi sikap tidak ambil kisah dan tidak serius membuatkan usaha itu sia-sia belaka.

Jadinya, mulai dari hari ini..aku kena catu semua kalori makanan yang masuk dalam tekak hatta perut ini..huhuhu..so start with :

Breakfast : Bihun (separuh polisterine)

Air putih : 1.5L

Makan pagi : Sandwich 2 keping roti with sardin + telur & red guara cafe 2 sachet.

Lunch : SHake HERBALIFE (3 scoops) + 100ml susu HBL strawberry + 400ml air putih

Air putih : 1L & Tea mix 500ml

6.00pm : Bihun sup + Kuih 2 ketul + Putu mayam 2 keping

10pm : Nasi 7suap + kacang buncis dgn hati + ikan goreng kicap (uhuhuhu,..xleh elak, mak ajak jamah sikit...amik ler juga..)

Teamix : 1 scoop utk secawan

Air putih : 1L

nampaknya misi pertama macam gagal untuk menghabiskan 4L air putih..huhuhu..chaiyok2