Wednesday 8 June 2011

MyFitnessPal

Okay, sebelum balik dan sesambil blog walking, terjumpa blog untuk kira kalori intake per day dari mypinkberrystory.. Sudah habis review dari blog ini, aku pun terus sign up (free jerkk....) untuk dapatkan progress kalori aku pulaks...hehehhehe..saja syok-syok jerk...so, apa aku dapat??

 

Jadinya, sekarang nak kira, berapa lagi kalori perlu ambil untuk makan malam pula???? 

Waaaa.....masih ada baki 737kalori aku kena ambil....maknanya, aku ni terlebih makan ker terkurang makan??? perlu ker penuhi pengambilan kalori tu sepenuhnya ??? Persoalan ini membuatkan aku perlu kena research for the information again & of course kena blog walking lagi
p/s : Aktiviti ini semakin menyeronokkan sebab dah ada hala tuju (PD50H), ada senarai semak (MyFitnessPal) & hadiah (rahsia laaa..hehehehe)

Agak-agak korang(blog ko ada orang baca ker??hahhaha) , apakah matlamat ini akan dipenuhi atau sekadar dipinggaran @ hangat-hangat najis ayam sahaja???

PROGRAM DIET 50 HARI

Program ini di jumpai secara tidak sengaja, sewaktu blog-walking. Niat dihati tercari-cari motivasi untuk menurunkan berat badan dan pengalaman mereka sebelum ini. Alih-alih ternampak program diet 50 hari...

Menarik sekali, especially kepada mereka yang benar-benar disiplin dan mencari sesuatu untuk menjadi pemangkin motivasi (aku laa tu..kan..kan..kan)....Syarat-syaratnya mudah sahaja. Kepada yang berminat, sila baca syarat-syarat seperti di bawah : 

1- Mula 13 Jun - 1 Ogos 2011 ( 50 hari sahaja)
2- Berat melebihi 50kg
3- Diet untuk hari Isnin - Sabtu (no fast food, no oil, no sugar)
4- Makanan tidak boleh lebih 1200 cal sehari
5- Pemenang berdasarkan LWP tertinggi (berat turun/berat asal x 100)
6- Pemenang akan mengaut semua duit yuran RM20.00 (peserta wajib bayar seblm program bermula)
7- Wajib anta gambar timbangan pada setiap Isnin
8- Wajib ada blog atau FB
9- Sila join FB Group PROGRAM DIET 50 HARI
10- Anda tersingkir jika BERAT NAIK 3 KALI

lagi syarat2 sila baca disini


http://loseweight-chaiyok.blogspot.com/2011/05/program-diet_31.html

nak join, sila emel diet_lwc@yahoo.com