Monday 16 May 2011

Kek Batik Biskut Marie....

Wallaaa...sekarang ni..boleh dikatakan tiap-tiap minggu buat kek batik biskut marie ni...hahahah, macam menu wajib laa kann...Oleh kerana, bahan-bahannya simple dan stok sentiasa ada jerk (kecuali serbuk koko & biskut marie), maka semangat nak buat tu sentiasa ada...nak-nak plak Mr.K request nak makan, secara tak langsung bila ada demand, ada laa supply nya kan??

Jadi, supaya lainkali senang nak buat...atau nak recall resepi, bolehla view my own blog..ahakksss yang sebenarnya amik dari http://myresipi.com/top/detail/1688

Bahan-bahan ( loyang 7/8" )

  • 1 bungkus (350g) biskut marie
  • Setengah buku butter
  • 2 biji telur
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn milo
  • 1 cwn air
  • 3/4 cwn gula
  • ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara

  1. Dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
  2. masukkan butter,kacau sampai butter cair
  3. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
  4. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
  5. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang
Tarraaaa...simplekan, within 20minutes, sementara nak bersih2kan dapur selepas makan malam tu..boleh buat, sejukkan...esok pagi boleh makan...heheheh

No comments: