Friday 25 February 2011

CeRiTerA dAri NaLUrI WaNitA

Sebenarnya, blog ini dihasilkan kerana untuk rujukan saya akan datang khususnya mengenai isu wanita terutamanya ibu dan bidang penyusuan bayi.

Semasa baru graduate, masih mencari pekerjaan-pekerjaan yang sesuai dengan sijil (of course!!) dan minat iaitu membuat pengiraan, saya memulaukan atau menyisih jauh perkataan menjadi GURU...atau CIKGU..atau Tenaga Pengajar...

Kerana,...bagi pendapat saya...sikap saya yang tidak kurang sabar...sebenarnya tidak layak untuk menjadi Guru, kerana sure laa nanti hypertension dengan kerenah2 anak murid sekarang yang tidak seperti zaman saya menjadi murid dahulu...ditambah pula dengan sikap ibu bapa yang sekarang ni begitu lewa dengan tahap pendidikan anak-anak sekarang..semua dibebankan kepada guru disekolah...sedangkan guru sebenarnya adalah kedua ibu bapa itu sendiri...(teringat kepada arwah abah yang tiap2 malam akan semak dan tandatangan DISEMAK OLEH:  di helaian buku kerja kami)...

Bila masuk alam pekerjaan yang tetap neh, saya diberi tugasan untuk memberi khidmat nasihat dan fasilitator kepada sistem yang baru diaplikasikan...dan sehingga hampir 8 tahun berkhidmat ini, baru saya sedar sebenarnya saya bagus atau lebih baik menjadi tenaga pengajar kerana saya suka tersenyum tidak jemu untuk menjawab setiap pertanyaan kawan2 baik dalam bidang pekerjaan mahupun dalam bidang tambahan...hahahah..iaitu jurucakap kepada produk2 yg pernah dan sedang saya pakai ( :P).

Jadi, maknanya kata..saya ni memang SUKA pandai.. bercakap..saya akan bercakap benda yang saya tahu, benda yang memberi manfaat kepada orang lain...jadi, apa salahnya kita berkongsi...betul x? tak baik kedekut ilmu...dah tentu nanti pahala sedikit..sebab antara amalan yang dibawa hingga ke akhirat..adalah 3..iaitu, (semua tau neh!!) doa anak soleh dan solehah, _________ & ________ (isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul).

Dan blog ini juga akan menjadi rujukan kepada saya sendiri...kerana sejak berumahtangga dan memiliki sepasang seorang anak perempuan, dan disusukan dengan susu ibu sejak dari lahir sehingga berumur setahun 6 bulan dan insya allah masih ingin menyusukan selagi anak itu mahu...hati saya begitu bangga melihat ibu-ibu yang sanggup mengusung beg-beg susu ibu (hehehe...hanya ibu yang menjalankan proses pam susu yg mengenali beg2 ini)...

Sedari awal tiada langsung ilmu di dada mengenai penyusuan bayi, hanya semasa mengandung..apa yang tahu dan perlu dibuat cuma rutin bulanan ke klinik ibu-ibu mengandung dan menetapkan tempat untuk bersalin. Tanpa ada galakkan, sokongan atau contoh sekali pun...maka saya tidak terdedah langsung kepada penyusuan ibu...

Maka dengan itu, saya berikrar....ehh berazam pada kandungan yang akan datang, insya allah...semoga Allah mempermudahkan niat saya...saya akan penuhkan diri ini dengan ilmu-ilmu penyusuan bayi yang lengkap...dan sudah tentu di blog ini akan menjadi rujukan tetap saya di kemudian hari. Kalau tidak..dah tentu saya akan me-weng-wang-weng-wang...sana sini..atau dalam bahasa IT nya..saya akan mengexplore semua blog2 atau laman2 web mengenai penyusuan bayi..dan seterusnya terlupa...maklumlah manusia kan..mana ada ingat dan hafal semua.

& hopefully, my blog also akan menjadi rujukan tuan puan juga di masa akan datang terutamanya pada kawan2 yang memang disenaraihitamkan  dalam list FB/YM dan seterusnya ...(wahhh...macam glamour plakk!!!!!)

Setakat ini sahaja sepatah dua kata coretan dari editor..nanti kalau ada tambah lah lagi......hehhehe

No comments: