Friday 25 February 2011

Berhijrah...KL - Putrajaya

Hijrah itu perpindahan..dari satu tempat ke tempat yang lain...atau dari satu perkara ke satu perkara. Berhijrah dari sikap yang buruk kepada sikap yang baik juga dianggap penghijrahan yang positif..so, dah berapa hari kita berada di tahun baru??? Jika kalendar Masihi..sudah 56hari, manakala 81 hari di kalendar Hijrah...jadi, apa yang kita dapat dari penghijrahan itu?? Berapa peratus azam kita yang duk berkobar2 set-up di awal2 tahun sudah terlaksana??

Ehhh....serius pulak posting kali neh..dah macam isu politik pula..

Syukur ke hadrat Illahi, maka dengan rahmat dan keredhaanNya telah terlaksana hajat untuk aku berhijrah dari KL ke Putrajaya, setelah sekian lama  mengharungi arus kesesakan jalanraya dan kesesakan minda!

Seperti biasa darah gemuruh ku datang dan pergi tak kembali...macam penyakit pulak erkk, memikirkan bagaimana situasi dan keadaan disana..adakah sama seperti yang aku lalui tahun sudah..atau lebih baik seperti tahun ini...

Diharapkan tahun ini aku lebih bersemangat, lebih ceria, lebih happy dibandingkan dengan tahun lepas...tahun kemurungan.

Walaubagaimanapun, sedih meninggalkan tempat lama itu pasti terasa...kerana memikirkan teman-teman yang baik-baik belaka dengan saya, tiada lagi gurau senda yang kebiasaannya menceriakan suasana dan mood saya...

Terima kasih teman diatas tunjuk ajar diberikan, terima kasih teman diatas sokongan dan kata-kata semangat anda...

Harapannya semoga bintang aku lebih begemerlapan disana....(dh macam artis pulekkk!!!)

No comments: