Monday 7 March 2011

pARut eQ vs NuAge

28/2/2011 - Anak dara jatuh lalu berjahit dahinya sebanyak 4 jahitan. Gambar diambil sejurus selepas dijahit...mula2 jatuh, dan dibius..tangisannya meruntunkan naluri ibu..tapi semasa dijahit...Q boleh mencemekkan bibir gaya Donald Duck sambil merenung kerja doktor tersebut.




Selepas jahit, tak tangguh lagi..dengan selawat Syifa' terus menyusukan sehingga Q tertidur..dan alhamdulillah, semasa berjumpa dengan doktor .. Q boleh memanjat meja doktor dan mulutnya begitu riuh...seperti tak sakit pulak..


Elok jerk sampai rumah, tanpa bertangguh...terus suap NUAGE dengan harapan semoga luka cepat kering, tak bernanah dan tak berparut (mungkinkah....!!!). Kita cuba tengok testimoni live ni erk...

Yg bestnya tu, mula2 suap sikit jerk...alih2 dia rasa sedap agaknya...(ye laa....masam2 manis mcm serbuk asam boi tu - rasa anggur, rasa oren)..habis 1 sachet tu dlm tempoh setengah hari jerk...haa..ni gambar ibu tgh tuang nuage dalam mulutnya..terus dia kesip xlepas..adeh..deh..dehhh.



Sebelah kiri, gambar tanpa bukak benang jahitan tu...dan sebelah kanan gambar setelah bukak jahitan pada 5/3/2011..Nuage masih diberikan dengan harapan, tanpa parut dan susu ibu ditambah khasiat pengambilan Vitamin C .....

Dan, eQ tetap lasak...dan semakin aktif sejak dijahit ni...adeh..deh..deh..tak apalah..janji sihat seperti sediakala....Alhamdulillah..

Will update more ...



No comments: